
Dari segi peribadi ,aku mengenali Kiyai Zainudin Mz semasa dizaman persekolahan lagi ,dimana aku membeli kaset-kaset ceramah agamanya dan sering juga aku menontotnya di You Tube.Kiyai juga pernah mengetuai sebuah parti yang dinamakan Parti Bintang Reformasi iaitu salah sebuah parti politik di Indonesia .Setiap ceramah yang diberi oleh Kiyai Zainudin Mz amat mudah difahami walaupun berbahasa Indonesia.Malah Kiyai juga agak terkenal di Nusantara ini.Malah Kiyai juga difahamkan mendapatkan pendidikan Dr Hc Universiti Kebangsaan Malaysia dan S1 IAIN Syarif Hidayatullah Indonesia .Kiyai meninggal dunia ketika berumur 60 tahun dan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.
Disini saya sertakan klip sebahagian Ceramah KH Zainudin Mz ...
0 ulasan:
Catat Ulasan