CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 2009 Disember 04

Akil Hayy Jawab JAIS


Hari ini penceramah bebas dan artis popular menjawab kenyataan pengarah JAIS yang beliau tidak mempunyai latar belakang dalam bidang agama.Kita sebagai orang awam mampu menilai dengan kenyataan kedua-dua belah pihak ini.Apa pun ambil lah yang jernih dan buangkanlah yang keruh.Bersama kita majukan bidang dakwah ini supaya ia subur di bumi MALAYSIA ku yang tercinta..


Usah serkap jarang

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: “Cuba nilaikan pengalaman 15 tahun saya berceramah dan berdakwah di depan pelbagai peringkat pendengar termasuk tokoh dan pakar agama dan jangan sekadar melakukan ‘serkap jarang’ semata-mata.

“Bukan mahu membangga diri, saya juga pernah memberikan ceramah di luar negara dan mendapat sokongan mufti di negara berkenaan,” kata penceramah muda dan bekas penyanyi rock, Akhil Hayy, semalam.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman itu, beliau tidak pernah berceramah dalam ‘gelap’ dan sentiasa terbuka kerana mahu masyarakat menilai sendiri input yang mampu ditawarkan kepada mereka.

Akhil berkata, Jais sepatutnya peka dan menyedari tempoh 15 tahun beliau berkecimpung dalam bidang itu (ceramah) selepas meninggalkan dunia artis sepatutnya dilihat dengan hati yang terbuka.


Apa yang dilakukan adalah untuk membawa kebaikan kepada pendengar dan sudah pasti pengalaman yang dimiliki mahu dikongsi bersama dengan pendengar supaya dapat membantu mereka setidak-tidaknya mampu menyedarkan mereka supaya kembali menjadi insan yang memiliki nilai murni,” katanya, semalam.


Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam, berkaitan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang menganggap bekas penyanyi rock itu tidak mempunyai latar belakang agama yang mencukupi bagi memberikan ceramah agama selain mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata.

Bukan itu saja, penceramah yang pernah menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan Jais, beberapa tahun lalu.

Akhil berkata, sebagai umat Islam yang sentiasa patuh perintah Allah, setiap input ceramah yang diberikan semuanya berlandaskan kitab suci al-Quran dan hadis.

“Mengapa Jais melabelkan saya sebagai individu yang tidak memiliki latar belakang agama dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Jais sepatutnya meneliti pengalaman dan ilmu saya miliki dan bukan membuat tohmahan tidak tepat itu,” katanya mengakui pernah ke sebuah pusat pengajian Islam di negara jiran bagi memuhasabah diri selepas meninggalkan dunia artis.

Akhil mengakui beliau pernah ditahan Jais apabila berceramah sebelum ini tetapi menganggap ia cabaran sebagai seorang penceramah yang cuba membawa kebaikan kepada pendengar.

Menurutnya, apa yang dilakukan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dimiliki dengan umat Islam lain dengan harapan mencetuskan perubahan diri mereka untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

“Lebih penting, saya bukan individu yang membawa ajaran sesat tetapi ceramah agama yang menjurus ke arah kebaikan.

“Sepatutnya, Jais melihat kemampuan saya yang melakukan transformasi dari dunia artis ke dunia yang lebih mampu mendekat dan menjadikan kita insan yang baik,” katanya yang mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Jais itu.

Bukan itu saja, Akhil berkata, beliau mengakui setiap manusia memiliki kelemahan tersendiri tetapi tidak bijak jika hanya menilai individu itu dengan hanya melihat penampilan luar tetapi tidak kepada input positif yang dibawa dan mampu diberikan kepada pendengar.

“Persoalannya, adakah kerana tidak memiliki latar belakang agama itu menjadi masalah besar sedangkan kita mampu memberikan sumbangan baik kepada masyarakat dan dijemput menjadi penceramah di negara lain yang menghargai ceramah disampaikan,” katanya.

Tanpa menidakkan hak Jais untuk membenar atau tidak seseorang itu berceramah di Selangor, Akhil berkata, pihak berkuasa agama itu perlu bersikap terbuka seperti yang dilakukan di negeri dan di negara lain yang menghayati kelebihan seseorang individu itu untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat.

Menurutnya, tempoh 15 tahun terbabit dengan aktiviti ceramah dan berdakwah di seluruh negara yang diterima baik masyarakat tidak wajar dilihat secara sempit oleh Jais.

“Tempoh itu cukup panjang bagi saya memuhasabah diri sehingga tidak terlintas dalam fikiran untuk menipu atau melakukan penyelewengan terhadap masyarakat.

“Saya percaya masyarakat mungkin selesa pendekatan ceramah yang saya lakukan dengan menampilkan pendekatan nyanyian ilmiah selain ceramah berhemah,” katanya.

Sebagai penceramah muda, Akhil berkata, dia bersedia ditegur atau dinasihat jika ada perkara yang tidak betul dilakukan tetapi ia perlu dilakukan dengan berhemah supaya ia dapat membawa kepada kebaikan.

Apa yang pasti, katanya, Jais perlu melihat ‘track record’ dan tidak sewenang-wenangnya melakukan tohmahan yang boleh mematahkan semangat untuk menaburkan bakti kepada masyarakat.

“Saya tidak akan merayu hanya kerana mahu mendapatkan ‘skrip tauliah’ dan jika tauliah itu dijadikan pertimbangan, siapa yang akan mengajar mereka di luar sana,” katanya.

Rabu, 2009 Disember 02

Pelik Tapi Benar:Lelaki Putus Asa Dalam Percubaan Mengeluarkan 'Susu


Ragnar Bengtsson

STOCKHOLM, Sweden, Dis. 1 -- Seorang lelaki Sweden yang menghabiskan masanya berbulan-bulan dalam usaha untuk mengepam susu daripada buah dadanya telah berputus asa, pemerhatinya berkata.

Magnus Talib, seorang ahli kumpulan sidang redaksi untuk rancangan
TV Aschberg, yang memerhatikan perkembangan "Lelaki Susu" Ragnar Bengtsson, 26, berkata bapa kepada tiga orang anak ini gagal untuk mengeluarkan apa-apa susu, seperti dilaporkan akhbar The Local Selasa lalu.

"Apa yang pasti buah dadanya bengkak," Talib berkata percubaan Bengtsson, bermula sejak September.

Bagaimanapun, Talib berkata Bengtsson telah mendapat perhatian di atas projeknya ini -- dia dijemput ke US untuk hadir di dalam rancangan
"The Tyra Banks Show.http://pulakdah.blogspot.com/

Ahad, 2009 November 29

PANAS!!!Detik2 Sebelum Kejadian Gempa Di Padang..

Rabu, 2009 November 25

Selamat Hari Raya Aidil Adha Dari Suara Hatiku


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ahad, 2009 November 22

Syabas Hasan Karim Keluar PRM Sokong PR

Oleh: Lutfi

"Syabas dan tahniah setinggi-tingginya kepada beliau yang berani membuat satu keputusan yang amat pahit untuk dilakukan...Jom kita bersama dengan pakatan rakyat..Hasan Karim dan Allayarham Razak Ahmad adalah tokoh pembangkang yang amat disegani di Malaysia dan khususnya di Negeri Johor

Hasan berdiri semasa merasmikan cawangan sungai petani kedah

Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim meletakkan jawatannya berikutan usul beliau agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat ditolak.
Keputusan meletkkan jawatan itu dibuat Hassan dalam satu surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agong PRM, Koh Swe Yong baru-baru ini.

Kongres Nasional PRM kali ke-41 pada 15 November dii Kuala Lumpur baru-baru ini menolak cadangan Hassan agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat.

Cadangan itu dibuat oleh Hassan melalui Ucapan Dasar Presiden. Hassan telah menjadi Presiden PRM selama 5 tahun dan lebih 31 tahun sebagai ahli PRM.

PRM dihidupkan semula oleh Hassan dan para penyokongnya selepas pimpinan PRM sebelum itu, Dr Syed Husin Ali dan rakan-rakannya memutuskan untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN).

Pergabungan antara PRM dan PKN telah membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Baru-baru ini, Dr Syed Husin telah dilantik sebagai senator oleh Dewan Negeri Selangor.

"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuatkuasa serta merta," kata Hassan dalam suratnya itu.

Hassan juga mengambil keputusan untuk meninggalkan PRM ekoran peristiwa tersebut.

"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuatkuasa serta merta juga," tulis Hassan dalam surat yang dihantar kepada media itu.HARAKAHDAILY
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=471&mode=thread&order=2&thold=0

Jumaat, 2009 November 20

Tahniah Tuan Guru.....


Setelah pelbagai spekulasi yang dilemparkan kepada Tuan Guru,akhirnya Allah menunjukkan tentang siapa beliau sebenarnya.Beliau antara Tokoh Islam yang paling berpengaruh di Dunia dengan sifat kezuhudanya inilah yang mengangkat insan yang bernama Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat


(Nik Aziz Muslim paling berpengaruh di didunia)

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.


(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.


Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.HARAKAHDAILY

Selasa, 2009 November 17

Mesej Dari Adindaku di Mesir


Jika anda ke Mesir, 3 perkara kena laksanakan.ia dikenali 3 " J ".
Apakah makna 3 " J " itu? "J" yg pertama adalah " Jami' " bermaksud masjid iaitu masjid Al Azhar terdapat pengajian sistem turath,hendaklah kita mempelajari pengajian turath terutamanya di Jami' Al Azhar.

" J " yg kedua adalah " Jami'ah " iaitu universiti. pengajian di Universiti Al Azhar berbentuk kuliah, tuntutan kuliah hendaklah kita laksanakan.

" J " yg terakhir adalah " Jam'iah " bermaksud persatuan. Di mesir kami hanya mendokong Persatuan induk bagi warganegara malaysia di Mesir iaitu PMRAM( Persatuan Melayu Republik Arab Mesir ).Memberi komitmen pada PMRAM lillahi... 3 " J " ini mesti dilaksanakan sepanjang kita berada di Mesir ini.....